Monday, July 30, 2018






DUA2022
PENGURUSAN DALAM ISLAM
(PEMBERIAN GANJARAN : MOTIVASI DALAM PEKERJAAN)
DISEMAK OLEH : PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH


NAMA DAN NO. MATRIK AHLI KUMPULAN :
NAMA
NO. MATRIK
FATIN NADHIRAH BINTI ATAN
02DSK17F2076
ADNEEN SOFEA BINTI KUSMANI
02DSK17F2070
NURULSALIHAH BINTI SUDIN
02DSK17F2090
NARISSHA BINTI NAZI ASMI
02DSK17F2024
NUR SABIHA BINTI SALEH
02DSK17F2078
NIK NUR SAHEIRA BINTI AZAFILEE
02DSK17F2018
NUR QASRINA BALQIS BINTI DZULHELMY
02DSK17F2080



PENGENALAN PEMBERIAN GANJARAN

  •      Pemberian ganjaran merupakan aspek penting dalam dunia pekerjaan. Ganjaran juga dapat mengpengaruhi motivasi pekerjaan dan sekalis gus meningkatkan produktiviti organisasi. Sesebuah organisasi harus mengetahui betapa pentingnya ganjaran itu dalam mempengaruhi kualiti dan produktivi. 
  •      Faktor ganjaran menjadi aset yang terpenting dalam memotivasikan pekerja. Oleh itu, organisasi harus mewujudkan sistem ganjaran yang efektif dan fleksibel bagi memotivasikan tingkahlaku perkera dan mempercayai bahawa pekerja mempunyai keperluan, nilai matlamat dan jangkaan yang berbeza ganjaran yang ditawarkan.


PENGERTIAN GANJARAN

  •      Dalam Kamus besar Bahasa Indonesia disebutkan bahawa ganjaran adalah Hadiah (sebagai pembalas jasa), hukuman,balasan. Dari pengertian ini dapat difahami bahawa ganjaran dalam bahasa Indonesia boleh digunakan untuk balasan yang baik maupun yang buruk.
  •      Sementara itu dalam bahasa Arab ganjaran diistilahkan dengan tsawab. Tsawab juga bermaksud pahala, upah dan balasan. Tsawab banyak ditemukan dalam Al-Quran khususnya ketika kitab suci ini  berbicara tentang apa yang akan diterima oleh seseorang baik di dunia mahupun di akhirat dari amal perbuatannya.
  •     Berdasarkan penelitian dari ayat-ayat Al-Quran tsawab selalu diterjemahkan kepada balasan yang baik.
  •      Dalam pembahasan yang lebih luas , pengertian istilah “ganjaran”dapat dilihat sebagai Ganjaran adalah preventif dan represif yang menyenangkan dan boleh  pendorong , atau memberi motivasi kepada seseorang.



PEMBERIAN GANJARAN LEBIH DIKENALI 
SEBAGAI UPAH ATAU GAJI

Pemberian Ganjaran lebih dikenali sebagai upah atau gaji. Menurut Muhamed Sulaiman, Aizuddinur Zakaria (2010) menyatakan definisi upah adalah pembayaran yang dibuat majikan di atas usaha yang terlibat dalam proses produksi.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

Berilah upah sebelum kering peluhnya
Dan beritahulah upah itu adalah hasil kerjanya”
(Dicatat oleh al-Baihaqi)

Gaji dibawah Akta Pekerjaan 1955 didefinisikan gaji pokok dan semua bayaran lain secara tunai yang mesti dibayar atau diberi ganjaran kepada seseorang pekerja untuk kerja-kerja berkaitan dengan kontrak perkhidmatannya. Bagaimanapun bayaran atau pemberian ganjaran ini tidak termasuk ; Seksyen 2(1) (Goh Chen Chuan,2010)

1.   Bayaran penginapan atau pembekalan sebarang makanan, bahan api, lampu air atau peruntukan rawatan perubatan atau sebarang keperluan atau perkhidmatan yang diluluskan.

2.   Sebarang caruman yang dibayar oleh majikan kepada sebarang tabung pencen, atau kebajikan pekerjaan.

3.   Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan.

4.   Sebarang jumlah yang mesti dibayar kepada seseorang pekerja menanggung perbelanjaan khas yang telah dibelanjakan oleh beliau menurut sifat pekerjaannya.

5.   Sebarang ganjaran yang mesti dibayar di atas pemberhentian atau persaraannya.

6.   Sebarang bonus tahunan atau sebarang bahagian daripadanya.

Oleh itu, gaji yang layak dibayar adalah gaji pokok telah menjadi rundingan antara majikan dan pekerja berdasarkan kontrak perkhidmatan dan majikan wajib memenuhi kontrak tersebut mengikut tempoh pengajian. Tempoh pengajian ialah tempoh bagi gaji ke atas kerja-kerja yang telah dilakukan oleh seorang pekerja perlu dibayar. Kontrak perkhidmatan mest menentukan satu tempoh pengajian yang tidak boleh melebihi satu bulan.

PRINSIP - PRINSIP PEMBERIAN GANJARAN

1.  Pemberian ganjaran harus ada batasnya.

 Pemberian hadiah tidak bisa menjadi metode yang dipergunakan selamanya. Proses ini cukup difungsikan hingga tahapan penumbuhan kebiasaan saja. Manakala proses pembiasaan dirasa telah cukup, maka pemberian hadiah diakhiri.

2.  Penilaian didasarkan pada perilaku bukan pelaku.

 Untuk membezakan antara pelaku dan perilaku memang masih sukar terutama bagi yang belum biasa. Apalagi kebiasaan yang tertanam kuat dalam pemikiran kita yang sering menyamakan kedua hal tersebut. Istilah atau panggilan seperti anak soleh dan anak pintar yang menunjukkan sifat pelaku tidak dijadikan alasan pemberian penghargaan kerana akan menimbulkan persepsi bahawa anak soleh boleh ada dan boleh hilang.Tetapi harus menyebutkan secara langsung perilaku anak yang membuatnya memperoleh hadiah.

3.  Ia haruslah diselaraskan pada proses, bukan hasil.

 Banyak orang lupa, bahawa proses jauh lebih penting daripada hasil. Proses pembelajaran, iaitu usaha yang dilakukan pekerja, adalah merupakan perjuangan yang sebenarnya. Sedangkan hasil yang akan diperoleh nanti tidak boleh dijadikan punca kejayaannya. Orang yang cenderung lebih mengutamakan hasil dan tidak terlalu mempersoalkan bagaimana proses pencapaian tersebut dilakukan.