DUA2022
PENGURUSAN
DALAM ISLAM
(PEMBERIAN
GANJARAN : MOTIVASI DALAM PEKERJAAN)
DISEMAK
OLEH : PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
NAMA
DAN NO. MATRIK AHLI KUMPULAN :
NAMA
|
NO. MATRIK
|
FATIN
NADHIRAH BINTI ATAN
|
02DSK17F2076
|
ADNEEN
SOFEA BINTI KUSMANI
|
02DSK17F2070
|
NURULSALIHAH
BINTI SUDIN
|
02DSK17F2090
|
NARISSHA
BINTI NAZI ASMI
|
02DSK17F2024
|
NUR
SABIHA BINTI SALEH
|
02DSK17F2078
|
NIK
NUR SAHEIRA BINTI AZAFILEE
|
02DSK17F2018
|
NUR
QASRINA BALQIS BINTI DZULHELMY
|
02DSK17F2080
|
PENGENALAN PEMBERIAN GANJARAN
- Pemberian ganjaran merupakan aspek penting dalam dunia pekerjaan. Ganjaran juga dapat mengpengaruhi motivasi pekerjaan dan sekalis gus meningkatkan produktiviti organisasi. Sesebuah organisasi harus mengetahui betapa pentingnya ganjaran itu dalam mempengaruhi kualiti dan produktivi.
- Faktor ganjaran menjadi aset yang terpenting dalam memotivasikan pekerja. Oleh itu, organisasi harus mewujudkan sistem ganjaran yang efektif dan fleksibel bagi memotivasikan tingkahlaku perkera dan mempercayai bahawa pekerja mempunyai keperluan, nilai matlamat dan jangkaan yang berbeza ganjaran yang ditawarkan.
PENGERTIAN GANJARAN
- Dalam Kamus besar Bahasa Indonesia disebutkan bahawa ganjaran adalah Hadiah (sebagai pembalas jasa), hukuman,balasan. Dari pengertian ini dapat difahami bahawa ganjaran dalam bahasa Indonesia boleh digunakan untuk balasan yang baik maupun yang buruk.
- Sementara itu dalam bahasa Arab ganjaran diistilahkan dengan tsawab. Tsawab juga bermaksud pahala, upah dan balasan. Tsawab banyak ditemukan dalam Al-Quran khususnya ketika kitab suci ini berbicara tentang apa yang akan diterima oleh seseorang baik di dunia mahupun di akhirat dari amal perbuatannya.
- Berdasarkan penelitian dari ayat-ayat Al-Quran tsawab selalu diterjemahkan kepada balasan yang baik.
- Dalam pembahasan yang lebih luas , pengertian istilah “ganjaran”dapat dilihat sebagai Ganjaran adalah preventif dan represif yang menyenangkan dan boleh pendorong , atau memberi motivasi kepada seseorang.
PEMBERIAN
GANJARAN LEBIH DIKENALI
SEBAGAI UPAH ATAU GAJI
SEBAGAI UPAH ATAU GAJI
Pemberian Ganjaran lebih
dikenali sebagai upah atau gaji. Menurut Muhamed Sulaiman, Aizuddinur Zakaria
(2010) menyatakan definisi upah adalah pembayaran yang dibuat majikan di atas
usaha yang terlibat dalam proses produksi.
Sepertimana sabda
Rasulullah SAW:
“Berilah upah sebelum
kering peluhnya
Dan beritahulah upah itu
adalah hasil kerjanya”
(Dicatat oleh
al-Baihaqi)
Gaji dibawah Akta
Pekerjaan 1955 didefinisikan gaji pokok dan semua bayaran lain secara tunai
yang mesti dibayar atau diberi ganjaran kepada seseorang pekerja untuk
kerja-kerja berkaitan dengan kontrak perkhidmatannya. Bagaimanapun bayaran atau
pemberian ganjaran ini tidak termasuk ; Seksyen 2(1) (Goh Chen Chuan,2010)
1. Bayaran penginapan atau pembekalan sebarang makanan, bahan
api, lampu air atau peruntukan rawatan perubatan atau sebarang keperluan atau
perkhidmatan yang diluluskan.
2. Sebarang caruman yang dibayar oleh majikan kepada sebarang
tabung pencen, atau kebajikan pekerjaan.
3. Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi
perjalanan.
4. Sebarang jumlah yang mesti dibayar kepada seseorang
pekerja menanggung perbelanjaan khas yang telah dibelanjakan oleh beliau
menurut sifat pekerjaannya.
5. Sebarang ganjaran yang mesti dibayar di atas pemberhentian
atau persaraannya.
6. Sebarang bonus tahunan atau sebarang bahagian daripadanya.
Oleh itu, gaji yang
layak dibayar adalah gaji pokok telah menjadi rundingan antara majikan dan
pekerja berdasarkan kontrak perkhidmatan dan majikan wajib memenuhi kontrak
tersebut mengikut tempoh pengajian. Tempoh pengajian ialah tempoh bagi gaji ke
atas kerja-kerja yang telah dilakukan oleh seorang pekerja perlu dibayar. Kontrak
perkhidmatan mest menentukan satu tempoh pengajian yang tidak boleh melebihi
satu bulan.
PRINSIP - PRINSIP PEMBERIAN GANJARAN
1. Pemberian
ganjaran harus ada batasnya.
Pemberian
hadiah tidak bisa menjadi metode yang dipergunakan selamanya. Proses ini cukup
difungsikan hingga tahapan penumbuhan kebiasaan saja. Manakala proses
pembiasaan dirasa telah cukup, maka pemberian hadiah diakhiri.
2. Penilaian
didasarkan pada perilaku bukan pelaku.
Untuk
membezakan antara pelaku dan perilaku memang masih sukar terutama bagi yang
belum biasa. Apalagi kebiasaan yang tertanam kuat dalam pemikiran kita yang
sering menyamakan kedua hal tersebut. Istilah atau panggilan seperti anak soleh
dan anak pintar yang menunjukkan sifat pelaku tidak dijadikan alasan pemberian
penghargaan kerana akan menimbulkan persepsi bahawa anak soleh boleh ada dan
boleh hilang.Tetapi harus menyebutkan secara langsung perilaku anak yang
membuatnya memperoleh hadiah.
3. Ia
haruslah diselaraskan pada proses, bukan hasil.
Banyak orang lupa,
bahawa proses jauh lebih penting daripada hasil. Proses pembelajaran, iaitu
usaha yang dilakukan pekerja, adalah merupakan perjuangan yang sebenarnya.
Sedangkan hasil yang akan diperoleh nanti tidak boleh dijadikan punca
kejayaannya. Orang yang cenderung lebih mengutamakan hasil dan tidak terlalu
mempersoalkan bagaimana proses pencapaian tersebut dilakukan.